ARTIKEL SEBELUM

21/06/13

Tambang bas naik 10%, kerajaan BN lepas tangan

KUALA LUMPUR: Keputusan yang dibuat ke atas kenaikan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jelas menunjukkan kerajaan Umno BN tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.

Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, sebaliknya, kerajaan Umno BN hanya berlepas tangan dalam perkara itu, sehingga memaksa pengusaha-pengusaha bas atau syarikat pengangkutan awam menanggung sendiri bebannya.

Menurut beliau, kenaikan harga tambang dengan kadar 10 peratus itu tidak boleh disalahkan kepada syarikat-syarikat pengangkutan awam, malah ia selaras dengan keperluan dan kos semasa yang ditanggung oleh mereka.

Katanya, selain mendapatkan sedikit keuntungan, syarikat pengangkutan awam terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menggantikan pelbagai peralatan kenderaan mereka termasuk brek, tayar dan sebagainya.

“Dalam masa yang sama, mereka juga terpaksa mengeluarkan lebih untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna termasuk menambah pemandu, bagi menjamin keselamatan pengguna. Semua itu memerlukan perbelanjaan.

“Apatah lagi dalam masa yang sama, harga minyak di negara kita masih kekal tinggi. Mereka juga terpaksa membayar tol. Untuk menampung semua itu, mereka terpaksa menaikkan kadar tambang. Kerajaan pula mengatakan kenaikan tambang boleh dilakukan lima tahun sekali,” katanya. sumber

 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud