ARTIKEL SEBELUM

24/06/13

Jangan Panik !!

SENAI – Penduduk di Johor khususnya di Muar dan Ledang dinasihat supaya tidak panik hingga membeli bahan makanan serta bahan api dalam jumlah yang banyak susulan pengisytiharan dua kawasan berkenaan sebagai darurat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, warga Muar dan Ledang juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah terutama bagi warga emas, kanak-kanak, wanita dan juga pesakit berisiko seperti asma.

“Muar dan Ledang diumumkan sebagai kawasan darurat berikutan kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap teruk. Bagaimanapun perintah darurat yang diisytiharkan tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung.

“Oleh yang demikian, masyarakat dirayu tidak panik dan jangan membuat pembelian bahan keperluan makanan serta bahan api seperti petrol dan diesel dalam kuantiti banyak,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, semalam.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan terkini dari masa ke semasa dan berharap rakyat dapat mematuhi segala peraturan ditetapkan supaya masalah jerebu yang melanda negeri ini dapat diatasi bersama.

Beliau berkata, pada masa yang sama solat Hajat diadakan berterusan di semua masjid dan surau seluruh negeri ini antara maghrib dan isyak bagi memohon kesejahteraan negara serta hujan untuk mengurangkan jerebu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud