ARTIKEL SEBELUM

14/06/13

Husam Husam boikot majlis angkat sumpah ?


KOTA BHARU  - Bekas Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mencetuskan persoalan apabila memohon tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Lebih mengejutkan apabila Speaker DUN, Abdullah Ya‘kub turut memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan DUN kali ini yang dijadual bermula Ahad ini.

Sedangkan Husam, pada malam kelmarin telah menghadiri perhimpunan pakatan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh, kira-kira 20 kilometer dari Kota Darulnaim yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Husam, dua lagi ADUN yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ayer Lanas) dan Exco, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi (Wakaf Bharu).

“Sebelum majlis angkat sumpah ini dimulakan, sukacita saya maklumkan bahawa pihak Dewan Undangan Negeri telah menerima tiga pucuk surat iaitu daripada ADUN Wakaf Baru dan Ayer Lanas yang memohon untuk tidak hadir pada persidangan (majlis angkat sumpah ADUN).

“Dan daripada Dewan Undangan Salor, yang memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan pada kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dengan ini saya memberi kebenaran dan kelulusan kepada ketiga-tiga Ahli Dewan Negeri tersebut," kata Abdullah.

Seramai 42 ADUN diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah di hadapan Abdullah hari ini. Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengangkat sumpah tetapi kemudiannya meninggalkan dewan sebelum majlis berakhir.



Pengguguran Husam daripada senarai Exco sebelum ini mencetuskan polemik kerana dikatakan tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Husam walau bagaimanapun meminta ‘penyingkiran’ tersebut tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud