ARTIKEL SEBELUM

20/06/13

Black 505: KDN hanya cuba takutkan rakyat – Rafizi


(Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 20 Jun:Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.
“Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti,”
“Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras,” katanya lagi.
Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan.
“Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa,” ulasnya.
Amaran serupa pernah dikeluarkan  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0.
Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud