ARTIKEL SEBELUM

17/06/13

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan akan bantu Pas Perak..

 

Bekas hakim mahkamah Persekutuan yang cukup terkenal dengan penghakiman yang bernas dan berasas, Dato' Gopal Sri Ram diberitakan akan bertindak bagi pihak Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen Pilhanraya yang difailkan semalam.

Nama besar dalam perundangan ini sudah pasti akan memberi gegaran dan kesan mendalam dalam perbicaraan nanti.

Sri Ram, 69. bersara daripada mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.

Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.

Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang penasihat undang-undang parti itu mengesahkan bahawa Sri Ram adalah salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes di Perak.

"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak - semuanya melibatkan kerusi DUN negeri.

"Tiga daripadanya dikendalikan oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela yang termasuk Gopal (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.

Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi Parlimen Tapah.

Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi. Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud