ARTIKEL SEBELUM

15/03/13

PATUNG NGEH KOO HAM di Bakar...

 


Lebih 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Masyarakat Prihatin Buntong bertindak membakar patung bertopengkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akibat tidak puas hati dengan kenyataan yang didakwa berbaur penghinaan terhadap kaum India dalam akaun Twitternya pada 3 Mac lalu.

Patung setinggi 1.2 meter itu dibakar berhampiran Bulatan Buntong kira-kira jam 7 petang semalam.Demonstrasi yang sepatutnya bermula jam 6 petang itu terpaksa ditangguhkan selama satu jam kerana hujan lebat.

Sebelum ini, Koo Ham dalam akaun Twitternya didakwa mengeluarkan kenyataan berbunyi,’For too long Beruas Indias hv been cheated of their votes by BN’s sarees, Milo, mutton curry and beers’ (Sejak sekian lama, undi masyarakat India di Beruas telah ditipu dengan pakaian sari BN, Milo, kari kambing dan bir).

Pengerusinya, V Subramaniam berkata, kenyataan itu dianggap keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan martabat kaum India.Menurutnya, Koo Ham tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia menyentuh sensitiviti kaum terbabit.

“Berikutan itu, dia (Koo Ham) perlu membuat permohonan maaf secara terbuka melalui media rasmi dan mengaku akan kesilapannya.“Bagaimanapun, jika dia gagal berbuat demikian, tidak mustahil dia serta pemimpin DAP lain tidak akan mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13” katanya.

Katanya, pemimpin DAP perlu ingat bahawa undi kaum India juga turut dikira.
“Jika dia meneruskan sikap demikian mungkin dia tidak akan mendapat sokongan kami (kaum India) pada PRU13,” tegasnya.- Perak Kume

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud