ARTIKEL SEBELUM

14/03/13

Lihat lah Menteri Benggong..bila bercakap !!






Aduhai getik dan meluatnya aku bila membaca kenyataan seorang yang berjawatan  tinggi dalam kabinet tetapi bila ia mengeluarkan kata kata sama taraf dengan JKKK atau ketua kampung.

Menghasut rakyat dengan momokan serta fakta yang songsang,seolah olah menteri ini seperti baru bangun dari lena yang panjang.



Sebolehnya aku malas nak mencuit Menteri ini ,tetapi bila membaca kenyataan beliau yang sangat "benggGGappp"...  timbul perasaan meluat bila melihat hujah beliau yang cukup dangkal itu.

Menteri ini bila bercakap dilihat seperti mundur 50 tahun kebelakang,beliau terlupa bahawa dunia kini  berubah maju dengan teknologi moden  diera maklumat tanpa sempadan Hanya satu klik semua yang terjadi rakyat sudah mengetahui akan berita itu dan mentaliti beliau masih beranggapan bahawa minda rakyat masih dijajah oleh media penjilat Umno.

Kesian  dekat menteri ini...

Dia lupa dengan perangai anak buah dia yang suka buat huru hara majlis orang..

Dia lupa dengan kuncu kuncunya yang suka baling batu bas orang..

Dia lupa suku sakatnya yang suka baling telor,kayu dan mau bakar perjabat orang..

Dia lupa akan perangai ahli Umno yang suka bertindak dan buat kacau dengan melanggar batas undang undang..

Dan dia terlupa bahawa budaya samseng dalam parti umno bukan baru semalam terjadi malah sedari dulu lagi budaya suka buat huru hara cukup sinonim dengan UMNO .


Amatlah malang  dapat menteri yang cukup binggai sekali, tuduhan liar beliau mengatakan PR mahu mengagalkan pilihanraya, adalah hujah yang cukup dikesali .

Kita lihat betapa berdisiplinnya penyokong penyokong Pakatan Rakyat walaupun diserang, dilempar batu sehingga ada yang tercerdera tetapi semua penyokong tetap mematuhi  arahan dari pimpinan dengan tidak membalas provokasi dari puak puak setan...

Andai kata penyokong PR membalas balik provokasi celaka dari gerombolan itu nercaya ianya akan menjadi parah. 

Kepada TPM kalau nak bercakap  gunalah kepala otak manusia dan jangan sekali kali  berhujah menggunakan kepala otak lembu...

Biarlah kemas serta ada fakta hautan itu .Buat malu pada JKKK je dapat menteri yang lena tak tau isu semasa..








posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud