ARTIKEL SEBELUM

12/03/13

Kasi Hot !! Cakap Tak Serupa Bikin... Puiii...

Mula mula mereka berkata 'isu di Sabah tidak wajar dipolitikkan'....tetapi itu semua indah khabar dari rupa , cakap tak serupa bikin.

Hanya kerana sebaris lagu "Tanya sama najib" dan sekeping gambar Anwar bersama ketua barisan pembebasan kebanggsan [MNLF] mereka menuduh Anwar sebagai dalang dalam isu ini.

Sendiri tuduh Anwar jadi dalang sendiri buat bantah dan kecoh di perjabat orang.

Yang paling teruk kena tempias dalam isu ini ialah ahli parlimen Batu YB Tian Chua.Bayangkan hampir 230 laporan polis telah dibuat disana sini oleh puak sehaluan dengan Umno terhadap Tian Chua. .

Mereka menuduh Tian Chua telah menghina pasukan keselamatan semasa isu serangan penganas di Lahad Datu.

Tian Chua berkata beliau tidak berniat nak hina anggota polis yang terkorban di Sabah , tetapi media ,cybertrooper umno telah spin isu ini untuk timbulkan kemarahan rakyat terutama orang melayu.

Hari ini isu ini menjadi bertambah kronik bilamana satu gerombolan membuat kecoh di hadapan pejabat parti Keadilan Rakyat. Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN telah bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu.

Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu serta isu Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak"..

Amat malang bila melihat insiden seperti ini berlaku.cakap tak serupa bikin, perbuatan mereka yang mengheret isu ini kekancah politik amat dikesali.

Sudahlah isu Lahad Datu dipolitikan, tetapi yang lebih meloyakan bila mana mereka yang membuat kecoh dengan menyerang pejabat orang serta dengan bongkak dan ego mereka ini telah mengenepikan undang undang dengan bertindak liar sesuka hati.

Sudahlah menceroboh serta mengangu ketenteraman awam malah meraka telah merosak harta orang dengan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.

Inilah ragam politik Malaysia tanahairku.Selagi ada gerombolan spesis rimba selagi itu tak akan aman .

Percayalah cakap aku..~~

Sumber isu sini





Lihatlah perangai MACAI² UMNO yang membaling telur ke Ibu Pejabat PKR petang tadi... Otak macai di kepala lutut !



ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud