ARTIKEL SEBELUM

31/08/12

Seorang wanita mengaku membunuh dan memotong kemaluan bekas kekasihnya,


SYDNEY - Seorang wanita Australia mengaku membunuh dan memotong kemaluan bekas kekasihnya, dipenjara 45 bulan selepas mahkamah menerima laporan tertuduh menderita kemurungan.

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas kekasihnya, Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali sehingga membawa maut kerana pertengkaran mengenai wang dan anak pasangan terbabit pada Februari lalu.

Jian berkata kepada pakar psikiatri, ‘sesuatu dalam dirinya’ meminta beliau memusnahkan ‘senjata raksasa’, di mana lelaki terbabit menggunakan kemaluannya untuk mencederakan wanita dan anak.

“Saya memotong kemaluannya dan mengepam ke dalam tandas supaya dia tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Dia juga memasukkan ubat pelali ke dalam sup mangsa sebelum menyerang dan menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk melaporkan ‘seseorang sudah mati’, dengan memberitahu operator; “Saya bunuh dia, bekas kekasih saya, dia seorang yang kejam”, katanya.

Hakim Monika Schmidt berkata, polis menemui mangsa dengan pergelangan tangan dan kakinya dipenuhi darah akibat kecederaan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud