ARTIKEL SEBELUM

29/08/12

(Eksklusif) Ikhlas Untuk UMNO / BARISAN NASIONAL BN - Ustaz Azhar Idrus




SOALAN

Saya orang biru ,orang hijau sokmo kata saya sesat minta penjelasan kut mana saya sesat.

JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS

Manusia sesat bukan pada warna dan bukan atas lambang , ada orang marah sangat tengok bulan bintang, gitu juga orang Pas marah sangat pada warna biru, sedangkan warna biru warna Allah warna langit.


"Barang siapa yang tak mahu mengikut perentah Allah dan Rasul maka sesungguhnya dia telah pun sesat sangat terang"

Allah dan Rasul suruh buat  sesuatu tetapi manusia ingkar ,contoh dalam perlembagaan Malaysia menyebut  tidak akan melaksanakan hukum Quran dan Hadis kerana mahu ikut undang Lord Reid [undang undang manusia]. Bila kita ikut undang2 manuisa dan ingkar undang undang Allah maka manusia akan sesat, situ sahaja, asas agama pun dan sesat maka cabang cabang yang lain pun habis sesat berlaka.


Contoh kerajaan membenarkan judi dan arak, sepatutnya kerajaan yang memerentah harus menolak amalan syaitan, tetapi kerajaan yang ada sekarang telah membuat tempat orang untuk berjudi [Genting] dan kilang arak.

Kerajaan yang menbenarkan arak dan judi atau kerajaan yang membenar kerja kerja syaitan maka kerajaan itu Syaitan.Siapa yang suka kerajaan syaitan maka dia pun syaitan, tak kira di mana mana pun di Mongolia atau Jepun ini umum bukan di tuju pada kerajaan Malaysia je.


Duit punya pasal kita sanggup bersama Syaitan dalam kesesatan. Jadi kita kena dakwah kepada pemimpin yang ada sekarang agar kembali ke pangkal jalan, kerana Tuhan kita satu nabi kita satu jangan marah la itu sahaja..














posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud