ARTIKEL SEBELUM

18/06/11

Lucu apabila seorang pencuri ala ‘Spiderman’ berpura-pura pengsan atas bumbung

MALU...suspek (kirI) dibawa turun anggota bomba dan polis selepas  berpura-pura pengsan atas bumbung rumah, semalam.
MALU...suspek (kiri) dibawa turun anggota bomba dan polis selepas berpura-pura pengsan atas bumbung rumah, semalam.

BAGAN SERAI: Lucu apabila seorang pencuri ala ‘Spiderman’ berpura-pura pengsan lebih 15 minit bagi mengelak diberkas ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di sini.

Namun taktik suspek mengundang rasa geli hati penduduk apabila didapati sengaja terkulai pengsan atas bumbung rumah yang ingin dicerobohi.


Suspek sebelum itu memecah genting dan siling rumah di Taman Serai Perdana di sini, namun tidak sempat masuk ke dalam kediaman berkenaan.

Penduduk, Lam Thee Mei, 34, berkata, kehadiran suspek sekitar jam 1.30 pagi semalam disedari jiran yang segera memaklumkannya kepada Ketua Pasukan Keselamatan Sukarelawan Bagan Serai, Oii Ding Soo.


Menurutnya, suspek yang berusia 30-an sebelum itu dilihat memanjat rumah itu selepas yakin penghuni rumah satu tingkat itu sudah tidur.


“Anggota keselamatan sukarelawan mengepung rumah berkenaan.

“Suspek yang menyedari dia sudah tiada peluang melarikan diri, merebahkan diri dan terbaring kaku di atas bumbung rumah berkenaan seolah-olah diserang sakit jantung,” katanya.


Menurutnya, penduduk yang tidak dapat berbuat apa-apa menghubungi polis dan bomba bagi menurunkannya dari atas bumbung berkenaan.-metro

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud