ARTIKEL SEBELUM

11/06/11

Khaled Nordin merapu,PAS tak perlu minta maaf


Mohamad Sabu menegaskan PAS tidak perlu meminta maaf berhubung konsep negara berkebajikan dibawa parti itu sambil menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin sebagai “merapu.”

Timbalan Presiden PAS berkata, gesaan pemimpin Umno itu yang meminta agar PAS memohon maaf kepada Umno merupakan kenyataan yang sengaja dibuat menjelang pilihan raya umum.

“Nak buat apa minta maaf. Mereka ini merapulah. Ini kenyataan orang yang pening. Kenyataan ini biasalah...kenyataan menjelang pilihan raya. PAS tak nak respons. Sebab ini bukan kenyataan rasmi. Ini kenyataan biasa,” katanya Berdasarkan laporan media semalam, Khaled dipetik berkata, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi mengetengahkan konsep negara berkebajikan sewajarnya meminta maaf kepada Umno kerana sering menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.

Khaled juga berkata, PAS perlu berbuat demikian kerana pelbagai tuduhan mereka itu menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib pula menegaskan partinya tidak perlu meminta maaf kepada Umno seperti diminta Khaled. Pesuruhjaya PAS Terengganu ini memberitahu semua dakwaan PAS terhadap Umno selama ini adalah benar.

“Semua dakwaan PAS kepada Umno betul. Sehingga kini Umno tidak menerima Islam sebagai dasar negara. Lihat sahaja undang-undang, dasar ekonomi, pendidikan, pentadbiran masih belum menjadikan Islam sebagai dasarnya.

“Kenyataan PAS sebelum ini adalah benar dan PAS tak perlu meminta maaf,” katanya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud