Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Semangat federalisme zaman Datuk Seri Najib Razak didakwa sangat berbeza dengan zaman pentadbiran bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, Abdul Razak sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-2 banyak membuat jasa kepada rakyat dan dikenang sehingga hari ini. Beliau merujuk isu tuntutan royalti Kelantan dan hak peneroka Felda yang dinafikan zaman Najib sehingga kedua-duanya terpaksa diselesaikan melalui saluran mahkamah. "Saya rakamkan di sini ucapan Tun Razak pada 12 November 1975 ketika duduk dibangku itu berkata, tiap-tiap negeri menerima 5% dari petroleum yang dijumpai sama ada di dalam atau di luar kawasan perairan negeri tersebut. "Malangnya rakyat dan kerajaan negeri Kelantan tiada pilihan lain, terpaksa guna saluran mahkamah setelah semangat federalisme dilanggari," katanya ketika membahaskan Bajet 2011. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, di zaman Tun Razak semangat federalisea sangat subur dengan hasrat mahu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan. Ianya termasuk hasrat asal perjanjian Akta Petroleum 1974 dan penubuhan Felda itu sendiri. "Di zaman YAB Pekan menjadi Perdana Menteri Malaysia, dua agensi ini menyaksikan rakyat terpaksa menggunakan mahkamah untuk mendapatkan hak mereka. "Jauh nampaknya pendekatan dan hati budi dua beranak ini," katanya. Beliau turut melahirkan kebimbangan perkara sama boleh berlaku bukan sahaja kepada Kelantan dan Terengganu, malah juga kepada Sabah dan Sarawak yang juga kaya dengan petroleum. "Nampaknya semakin jauh kita meninggalkan garis kemerdekaan, semangat federalisme juga kian luntur," tambahnya lagi. Selain meminta penjelasan menteri berhubung beberapa dakwaan salah urus Felda, beliau juga mahu kerajaan menjelaskan berhubung kerugian RM8 bilion syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Sebelum itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggenapkan 5 tahun untuk sepenggal sebelum diadakan pilihan raya semula. Katanya, amalan sekarang yang hanya dua tahun ke tiga tahun sepenggal, bukan sahaja tidak praktikal untuk wakil rakyat berkhidmat, malah meletakkan rakyat dalam tanda tanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof menggesa Kementerian Pelancongan turut memberikan perhatian terhadap pembangunan dan kemudahan di pekan Rantau Panjang yang merupakan tumpuan para pelancong untuk membeli-belah. Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di pekan itu iaitu pelancong lebih suka menaiki kenderaan awam yang masuk dari Thailand berbanding kenderaan Malaysia. "Banyak kenderaan yang masuk dari Thailand dan menjalankan perkhidmatan membawa pelancong dan pelancong lebih suka menaiki kenderaan Thailand kerana lebih selesa," kata beliau. Tambahnya, perkara yang sama turut berlaku berhubung penginapan hotel. Kebanyakan pelancong, katanya menginap di Hotel di negara jiran itu kerana mudah untuk didapati. "Ini satu perkara yang seharusnya diberi pertimbangan di masa akan datang di sudut kemudahan dan penginapan," katanya. Zailah dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10. |
ARTIKEL SEBELUM
19/10/10
Najib jauh beza dengan bapanya
NEWS ONLINE
-
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta mertaSetahun yang lalu
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri4 tahun yang lalu
-
Jangkitan beguk, murid SK Bukit Sentosa stabil5 tahun yang lalu
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?6 tahun yang lalu
-
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar7 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan9 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MINDA DAN AGAMA
-
Wahai polan yang berkerudung serban dan berjanggut!5 bulan yang lalu
-
-
Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah2 tahun yang lalu
-
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT5 tahun yang lalu
-
RUMAHKU SYURGAKU6 tahun yang lalu
-
Sajak "Keretapi Malam"9 tahun yang lalu
-
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran10 tahun yang lalu
-
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH10 tahun yang lalu
-
-
-
-
DALIL TENTANG MAULID NABI MUHAMMAD SAW11 tahun yang lalu
-
-
Sebenar-benar sahabat12 tahun yang lalu
-
Jahil Masyuk!14 tahun yang lalu
posting terkini dari batuvskayu
Sukan
-
-
Announcing Nas.ioSetahun yang lalu
-
Sotong Goreng Tepung..7 tahun yang lalu
-
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani (Nov. 2016)7 tahun yang lalu
-
Pic Viral Benzema in Arsenal FC8 tahun yang lalu
-
KITA MENANG LAPAN KALI!!!!!12 tahun yang lalu
-
-