ARTIKEL SEBELUM

13/07/09

Manik Urai




Harapan untuk BN/UMNO menang esok diManik Urai dan diterima rakyat sangat sukar pada masa ini. Perkara ini terjadi kerana sikap buruk pemimpin2 UMNO yang tamak harta dan gila kuasa.

Selama hampir lebih 50 tahun mereka dengan rakus membolot harta negara untuk kaum keluarga mereka sahaja. Jika di pandang dengan mata kasar, semua pemimpin2 ini hidup mewah dan kaya raya dan kalau nak di bandingkan degan Tuan Guru Nik Aziz dah 20 tahun lebih berkuasa dan sebagai orang nombor satu di kelantan kita boleh tengok adakah TGNA jenis manusia mengumpul harta.

Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO sudah lupus . Untuk kembalikan kepercayaan rakyat, pemimpin2 UMNO kena buat perubahan besar.

Pertama, pemimpin2 UMNO kena muhasabah diri kenapa rakyat banyak menolak parti UBN semenjak PRU 12 dan semua PRK kecuali Batang Ai satu satu yang dimenangi oleh BN.

Kedua, semua pemimpin2 UBN mesti ingat kepada rakyat jangan bila nak ngundi jer baru nak gula gulakan rakyat, dan baru nak dianak emaskan rakyat ,abis pilihan raya lupakan rakyat.Macam kat Manik Urai baru ler nak turun pergi noreh getah pasal nak rasa susah senang orang kampung kununnya,Kenapa apabila adanya pilihanraya baru nak rasa susah senang rakyat dan sanggup pula tinggalkan banglo mewah kat kota semata mata nak tolong rakyat , rakyat dah muak dengan segala propaganda murahan UBN ini.Janji demi janji atau gula gula pilihanraya silih berganti dari Permatang Pauh Higga Prk Manik Urai tapi semuanya bersifat semtara saje abis mengundi janji tinggal janji ler. dan terbaru kalau bagi UBN menang diManik Urai akan dibina sebuah jambatan baru ha ha ha ha lawak lawak ,Jambatan Yahya Petra dua pun tak siap siap lagi dan dengar cerita dah terbengkalai rasenya itu janji pilihan raya juga kut.

Ketiga, semua pemimpin2 UMNO yang didapati bersalah kerana rasuah atau yang dituduh rasuah hendak lah terus dipecat dari parti seumur hidup.mereka perosak imej Umno jer

UMNO hanya akan boleh menang DiManik Urai dan diterima rakyat jika boleh tunaikan semua syarat2 yang diatas ini.

Rakyat sudah matang, kerajaan BN/UMNO yang sangat korup ini harus di ganti dengan kerajaan PR yang bersih dan telus pada PRU 13 nanti Insyaallah....

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud