ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label world cup 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label world cup 2014. Papar semua catatan

9/07/14

Penyokong Brazil bakar bendera [ gambar ]




Jerman cipta sejarah baru piala dunia apabila menumpaskan Brazil 7-1, dan memusnahkan impian tuan rumah dalam 18 minit untuk ke perlawanan akhir, di Estadio Mineirao, Belo Horizonte, awal pagi ini.

Penyerang Jerman, Miroslav Klose turut cipta sejarah apabila memadam rekod penjaring terbanyak piala dunia, Ronaldo dengan 16 gol keseluruhan.

Thomas Mueller memulakan pesta gol pada minit ke-11, diikuti Klose pada minit ke-23, Toni Kroos (m24 dan m-26) manakala jaringan Sami Khedira menyusul di minit ke-29 sebelum pemain simpanan, Andre Schuerrle, meranapkan impian Brazil pada 69 dan 79.

Muller membuka jaringan apabila menolak masuk gol pembukaan selepas menerima hantaran sepakan sudut.Bagi persaingan kali ini, jurulatih Luiz Felipe Scolari, meletakkan pemain 21 tahun, Bernard bagi menggantikan Neymar.



Dante pula masuk menggantikan ketua pasukan Brazil, Thiago Silva yang tidak dapat bermain kerana dua kad kuning manakala Luiz Gustavo kembali di posisi tengah menggantikan Paulinho.

Bos Jerman, Joachim Loew pula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap kesebelasan utamanya yang menumpaskan Perancis 1-0, pada pertemuan separuh akhir.

Klose mengetuai barisan serangan yang kemudianya memperoleh jaringan yang menempatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho, Hulk, Oscar, Bernard, Fred

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose, Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)

6/07/14

Argentina Bertemu Belanda Di Separuh Akhir

 


ARGENTINA akan bertemu Belanda di pentas separuh akhir Piala Dunia mengikut jejak Brazil dan Jerman.

Argentina mara menerusi kemenangan tipis 1-0 menentang Belgium hasil rembatan Gonzalo Higuain pada minit kelapan perlawanan.

Kali terakhir Argentina beraksi di pentas separuh akhir adalah pada tahun 1990 namun tewas kepada Jerman pada peringkat akhir.

Sementara itu, saingan di antara Belanda dan Costa Rica menjadi satu-satunya perlawanan suku akhir Piala Dunia edisi ini yang terpaksa diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa.

Dalam perlawanan di Arena Fonte Nova awal pagi Ahad, Belanda memperolehi banyak peluang menjaringkan gol, termasuklah pada minit ke-92 menerusi sepakan Van Persie di hadapan gawang namun berjaya ditepis keluar oleh pemain Costa Rica.

Costa Rica nyata tidak banyak menguasai bola, malah hampir tidak melakukan serangan namun kehebatan penjaga golnya, Keylor Navas banyak membantu menyelamatkan gol Costa Rica daripada bolos.

Kedudukan 0-0 bagaimanapun masih tidak berjaya dileraikan apabila perlawanan terpaksa diheret ke tendangan penalti.

Belanda akhirnya menempah tiket ke separuh akhir menentang Argentina apabila menang penalti 4-3.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud