ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno. Papar semua catatan

23/07/13

Tengok Neh Edisi Cakap Tak Serupa Bikin Umno

 

Dasar muka tak malu , dasar hipokrit inilah perangai parti Umno.Sikap cakap tak serupa bikin dalam kempen N1 Kuala Besut terburai bila mana kesucian rumah Allah telah di nodai oleh kempen kempen parti demi meraih undi.


Mereka sering melaung mesjid dan tempat tempat ibadah jangan sesekali digunakan untuk kepentingan politik. BN sering menuduh Pas menggunakan masjid sebagai medan politik menghasut rakyat membenci kerajaan.

Tetapi kini cakap munafik Umno terbongkar [Lihat gambar ] bukti salah satu penyalahgunaan intitusi masjid oleh Umno/BN.Cakap menipu umno terburai akhirnya melalui sekeping gambar ini.

Memang berat nane lagu ni....


Sah Umno parti hipokrit..

Nasihat ambo ....

Weh ..!! pokcik mokcik adek abe sekaliang di Kuala Besut ...

Ayuh pakat pakat rama rama tolak Barisang....

jom kito pakoh bule ...

Pas menang anda rakyat Ganu sekalian senang kerana ada kemungkinan mengundi semula..

Bila ngundi semula faham faham la ..

Mintak semua bende pasti dapat kerana manafaat dari limpahan projek mee segera ha ha ha...










Masjid Pulau Perhentian....Mimbar dan dinding dalam masjid menjadi sasaran stiker UMNO....Parok nise puak ni...!!!

5/09/12

Tengok neh !! Gambar yang menampakan kebodohan ahli UMNO


[A]
Setelah di edit dari pencacai Umno


[B]
gambar asal


Teknik Photoshop standard budak tadika ini lah yang dapat aku ungkapkan kepada pencacai Umno pada gambar diatas[A], sungguh memalukan cubaan cyber tropeer Umno untuk spin isu gambar ini ternyata gagal.

Terserlah sikap kebodohan serta tabiat ahli  umno yang suka mencipta fitnah demi mmenghalakan politik kotor dengan tanpa merasa takut akan dosa yang bakal ditanggung .Pencacai Umno dan peminpin mereka akan terus mngharapkan umat melayu berterusan bodoh agar senang ditipu. !!


Lihatlah dua perbezaan gambar di atas yang mana anda rasakan asli? gambar [A] atau gambar [B]



** Larangan berjudi ~

Di dalam Islam, haramn judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [TMQ al-Ma’idah (5):90].




6/03/12

Lagi pemuda UMNO sertai PAS !!








PADANG TERAP, : Pemimpin Umno cakap tidak serupa bikin, kata bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini Mohd Yunus Harun, 36, Pedu, Mohd Yunus Harun, 36.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap selepas menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, di sini.

“Umno ni cakap lain buat lain. Cakap nak bela rakyat, tapi harga barang duk naik hingga menyusahkan rakyat.

“Dia (Umno) kata kalau menang nak bela rakyat, tapi sampai sekarang membiarkan rakyat terhimpit dengan masalah hidup,” katanya.

Ketika ditanya kenapa memilih PAS, beliau memberitahu, PAS telah membuktikan melaksanakan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sebelum ini.

“Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.

“Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, beliau tidak dapat merasai suasana seperti demikian sewaktu berada dalam perjuangan Umno.

Sambungnya, beliau telah merancang selama lima bulan bagi menimbangkan untuk menyertai PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, memberitahu, masyarakat di kawasannya kini terbuka untuk menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Sekarang ni masyarakat di Padang Rakyat mudah menerima maklumat khususnya menerusi internet.

“Ada yang cakap dengan saya, BN tidak payahlah nak berbohong menerusi media yang dikuasai oleh mereka kerana dia orang (masyarakat Padang Terap) boleh mengetahui berita menerusi internet,” ujarnya.

Beliau menambah, masyarakat di kawasannya menunjukan perubahan yang positif dengan memberi sokongan yang lebih kepada PAS.-

27/10/11

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu



Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 27 Oktober: Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

(Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin)

Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pendengar sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang, di Tapak Kompleks PAS, Kerdau di sini malam tadi.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Exco Pemuda PAS Pusat Kamal Ashaari.

Tambah Mohamad, dengan strategi 3R yang dimainkan itu membuat suhu politik negara menjadi panas mendidih, walhal semua itu dirancang Umno.

Beliau mengambil contoh mengenai tindak tanduk Umno cuba mengheret istana ke kancah politik dalam isu Lim Guan Eng dengan isu jenayah di Johor dan Dr Abdul Aziz Bari berkaitan titah Sultan Selangor.

“Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah’ raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu,” katanya.

Mat Indera dan Hang Jebat

Mengenai isu komunis yang cuba dikaitkan dengannya, Mohamad berkata itu merupakan isu baru yang mereka timbulkan untuk cuba bangkitkan kebencian sedangkan terdapat seorang bekas Menteri Besar (Umno) yang biasa melawat ke perkampungan bekas komunis di selatan Thailand untuk memberi bantuan.

Mohamad berkata, isu Mat Indera dan Bukit Kepong yang pernah dimainkan media satu ketika dulu hanyalah isu percanggahan pendapat tetapi sengaja dimainkan media untuk keuntungan politik.

“Contohnya macam ni... katakanlah ada seorang tu kata Hang Tuah hero, ada seorang lagi kata Hang Jebat hero. Sepatutnya bila timbul dua perbezaan pendapat begitu, berhujahlah secara ilmiah.

“Tapi apa yang berlaku apabila saya katakan Mat Indera yang menentang penjajah Inggeris itu sebagai pejuang kemerdekaan, saya dihentam dari segenap sudut sehingga ada yang cadang dilucut kewarganegaraan saya dan akhirnya didakwa di mahkamah,” katanya.

21/06/10

Bas mewah umno

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau bas
'Pusat Khidmat Bergerak' UMNO Bagan Datoh di Wisma UMNO
Bagan Datoh, Hutan Melintang Perak.

Hebatt..hebattt..Duit sapa mereka guna untuk beli bas
semewah ini semata-mata untuk keguanaan Umno,
sedangkan nak bayar sewa bangunan Umno di KL pun
tertunggak berjuta-juta ringgit sampai kena sita...Kuah3


karatijau

3/06/10

Politik dendam, nafsu jahat Umno


Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.

Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.

Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.

Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.

Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat.

UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.

Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera.

Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar.

Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!

Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.

Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang.

Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.

Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat.

Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka. Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN.- Mohd Fadzli

1/01/10

Nazri Aziz - Bukan salah saya


SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak akan bertanggung jawab terhadap kegagalan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hadir untuk pengundian meluluskan Bajet 2010, di persidangan Dewan Rakyat, 14 Disember lalu.

Katanya, tiada keperluan untuknya meletak jawatan seperti diminta Pergerakan Wanita UMNO kerana tidak bersalah terhadap insiden tersebut

"Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil-wakil rakyat yang tidak hadir (di Dewan Rakyat pada 14 Disember untuk pengundian meluluskan sesi bacaan ketiga Bajet 2010) perlu letak jawatan dan memohon maaf", kata kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kenyataan Pergerakan Wanita UMNO yang mendakwa beliau bertanggungjawab terhadap kegagalan wakil-wakil Barisan Nasional (BN) hadir ke sidang Dewan Rakyat pada hari itu menunjukkan mereka tidak faham bidang tugasnya.

"Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap Kerajaan dan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh,” katanya

“Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan meletak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di Parlimen, Itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Jamelah A. Bakar, dalam kenyataannya kelmarin, meminta Nazri meletak jawatan ekoran kegagalan wakil rakyat BN hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan sesi bacaan kali ketiga Bajet 2010.

Mohamed Nazri berkata, jawatan Ketua Whip BN disandang oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN.

Katanya, kesalahan tidak seharusnya diletakkan dibahunya, sedangkan wakil rakyat yang tidak hadir dan sesuka hati bercuti sewaktu sidang Dewan Rakyat berlangsung.

“Sekiranya saya yang bersalah dalam hal ini, pastinya pihak pembangkang terlebih dahulu menghentam saya, tidak perlu tunggu sehingga Wanita UMNO melakukannya, bekas Ketua Wanitanya (Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar) juga tidak hadir,” katanya.

Ditanya adakah surat tunjuk sebab diberikan kepada wakil rakyat yang tidak hadir, Mohamed Nazri berkata, keputusan itu bergantung kepada Muhyiddin sebagai Ketua Whip.

Sebelum ini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamalia Ibrahim, turut mendesaknya meletak jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kes itu.sinar

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud