ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label krisis perlembagaan perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis perlembagaan perak. Papar semua catatan

8/02/10

Kronologi krisis politik Perak



Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat keputusan Selasa berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah iaitu antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat).

17 Mac 2008: Mohammad Nizar, ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

25 Jan 2009 : ADUN Bota dari BN, Nasruddin Hashim mengistiharkan menyertai PKR.

27 Jan 2009 : ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tidak dapat dihubungi.

1 Februari 2009: Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua Adun PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Februari 2009: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Februari 2009: Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga Adun dari PKR dan seorang Adun dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN. Bermula dekit hitam satu rampasan kuasa di negeri Perak.

BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi Adun adalah ahli Bebas.

5 Februari 2009: Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Ahli Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Februari 2009: Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Pada hari yang sama berlaku satu himpunan rakyat selepas sembahyang Jumaat yang cuba menghalang upacara mengangkat sumpah di hadapan Mesjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar. Ada dikalangan mereka yang sanggup tidur diatas jalan bagi menggagalkan kerja jahat BN itu. Tembakan gas pemedih mata dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuklah yang berlidung didalam mesjid bagi menyuraikan yang berhimpun tanpa belas kasihan.

13 Februari 2009: Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

19 Februari 2009 : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar telah menggantung Menteri Besar Kudeta, Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

3 Mac 2009 : Sidang bawah pokok menggemparkan sistem demokrasi dunia, setelah ADUN Pakatan Rakyat yang dipanggil secara sah oleh Speaker V. Sivakumar dihalang mamasuki dewan untuk bersidang. Rentetan dari itu pokok itu telah diistiharkan oleh Pakatan Rakyat sebagasi Pokon Demosrasi.

6 Mac 2009: Hakim Mahkamah Tinggi, Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009: Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009: Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lalu adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

18 April: Speaker Dun Perak, V Sivakumar menggantung sekali lagi tugas Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri selepas Abdullah memanggil sidang Dun tanpa pengetahuan beliau sebagai speaker.

Sebelum itu Abdullah digantung selepas mengeluarkan kenyataan panggilan sidang Dun 3 Mac yang dibuat oleh Sivakumar tidak sah.

7 Mei 2009 : Sidang kecoh dengan campurtangan lebih 300 orang pasukan keselamatan yang berlaku dengan agenda jahat BN bagi merampas kerusi Speaker dengan mengangkat Sivakumar keluar dewan secara paksa serta melantik Ganesan sebagai Speaker yang haram kerana tidak memenuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada.

11 Mei 2009: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

11 Mei 2009 : 10.30 malam DS. Nizar berada dihadapan Istana kinta untuk memohon mengadap bagi mendapat perkenan pembubaran DUN Perak . Pada malam yang sama satu Mesyuarat Exco diadakan di kediaman Rasmi DS. Nizar dan memutuskan beberapa perkara antaranya mengantung tugas SUK, Abd. Rahman Hashim dan dipangku sementara oleh Pegawai Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini.

12 Mei 2009 : DS. Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar Perak.

12 Mei 2009: Setelah menfailkan pada jam 10.45 pagi, pada jam 11.45 mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi. Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. DS. Nizar mengosongkan pejabat MB.

22 Mei 2009: Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009: Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

2 September 2009 : Speaker Perak V. Sivakumar memanggil satu sidang DUN namun dia dan semua ADUN PR dihalang untuk memasuki dewan dan mereka berundur dan sidang diterukan di sebuah hotel di bandaraya Ipoh

28 Oktober 2009 : Sidang yang dipanggil oleh Speaker haram Ganesan menyaksikan insiden merampas baju Speaker Sivakumar dan Sidang Haram meluluskan bajer haram.

5 November 2009: Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang menangguhkan keputusan kes kepada satu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

Setelah menunggu lebih dari 3 bulan maka pada 9 Februari 2010 Mahkamah Persekutuan baru akan mengumumkan siapakah MB Perak yang sebenarnya.

30/01/10

Realiti Bubar DUN Perak Februari





Bulan Februari akan ini bergelombang dengan ombak kerana pelbagai peristiwa disusun untuk berlaku pada Februari dengan seawalnya perbicaraan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock, sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kes Nizar. Hal ini dijelaskan melalui artikel yang dipetik dari laman web Perakkite.blogspot.com.

Menurut penulis blog, Umno ternyata berada dalam zon selesa pada waktu ini dan masa menyusun semua kes itu ke bulan Februari amat bijak. Puluhan serangan psikologi yang dilemparkan pada pimpinan komponen Pakatan Rakyat (PR) juga sedikit sebanyak menjejaskan pegangan rakyat. UMNO- Barisan Nasional (BN) kini juga amat yakin akan mendapat kembali sokongan Melayu di Perak.

Penulis blog berkata, Kes MB Perak ini ternyata wajar dikembalikan kepada rakyat dan kegundahan Najib akan hal ini amat wajar, kerana penghakiman kes Nizar ini memberi implikasi besar pada kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Perdana Menteri (PM). Lantaran itu, Umno merasakan lebih rela memilih untuk berdepan dengan rakyat. Jika tidak, selepas ini sesiapa sahaja boleh mencabar seseorang PM di mahkamah.

"Kini terpulanglah pada siapa yang akan membubarkan DUN, sama ada Zambry atau Nizar. Namun positifnya amat besar pada yang mengambil langkah membubarkannya. Jika kes memihak kepada Nizar, maka hanya Nizar yang boleh membubarkannya dan kesan negatif amat besar pada Umno, kerana Nizar akan menjadi 'caretaker government' selaku MB yang sah," jelas penulis blog.

Bagi penulis blog, Februari adalah waktu puncak yang sesuai bagi Umno untuk mengadakan pilihan raya kerana pada Februari juga telah disusun segala gerak kerja untuk merosakkan jadual kerja dan imej pimpinan Pakatan Rakyat.

"Bayangkan apakah yang akan dipaparkan media arus perdana saban hari sewaku pilihan raya semasa Anwar Ibrahim di hadapkan ke mahkamah.

"Umno telapun cukup bekalan pelurunya untuk membedil Pakatan Rakyat, seperti kontroversi kalimah Allah, kemelut Zulkifli Noordin (PKR), Khalid Samad, Datuk Hassan Ali , malahan kontroversi di pejabat TGNA dan PBMK ... menanti waktu untuk dimanipulasi dan dilepaskan.

"Bersiap siagalah Pakatan Rakyat dan percayalah ia bukan sengaja untuk kesemuanya berlaku menjelang Tahun Baru China yang kebiasaannya meriah dengan ang pau," tegas penulis blog dalam tulisannya.

Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan rayuan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai Menteri Besar (MB) Perak yang sah pada 9 Februari iaitu tiga bulan setelah kes didengar dan hampir setahun selepas tragedi tragis rampasan kuasa dan selepas berpeluang memerintah lebih kurang 11 bulan. erapakatan




27/01/10

APA YANG HANG MEREPEK NI MIDAH !


Sekoyong koyongnya berkatalah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Harian tempatan hari ini, spekulasi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung pembubaran DUN setelah Mahkamah Persekutuan membuat kepada 9 Februari depan mengenai siapa Menteri Besar yang sah dilihat sebagai menghina institusi kesultanan di negeri ini

Midah bersuara lagi, kenyataan itu tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui kuasa pembubaran DUN adalah hak mutlak Sultan Perak.

Apalah yang hang merepek ni Midah, siapa pulak yang nak hina institusi kesultanan di Perak ni. Hang dengo baik baik kenyataan Dato' Seri Nizar saperti dilaporkan akhar yang sama hari ini juga, Pakatn Rakyat akan meneruskan membubarkan DUN SEKIRANYA keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Febihak kepada beliau dan Pakatan Rakyat

Faham betul betul perkataan `SEKIRANYA'. SEKIRANYa keputusan itu memihak kepada Nizar, beliau akan menghadap Sultan Perak pada hari yang sama untuk memohon DUN dibubarkan.

Semua orang tahu kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan Perak. Nizar pun tahu. Cuma Nizar kata apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya barulah dia menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan.

Tidak timbul kenyataan Pakatan itu mengina Sultan Perak, tidak ada siapa yang hendak menghina Sultannya sendiri. Faham tak Puan Midah.

Berkata lagi Hamidah, kenyataan Pakatan Rakyat itu seakan akan memberi tekanan kepada sistem kehakiman di negara ini kerana ianya melangkaui batas kuasa yang ada seolah olah telah mengiktiraf kemenangan PR walaupun mahkamah belum membuat keputusan.

Puan Midah oi, siapa pulak yang memberi tekanan kepada hakim hakim atau badan kehakiman. Tak ke pemimpin pemimpin BN selalu kata badan kehakiman di negara ini bebas, macam mana pula hang kata kenyataaan PR itu boleh memberi tekanan kepada institusi kehakiman?

Yang boleh memberi tekanan ini adalah orang ada kuasa, PR tak ada kuasa. Lagipun hampa kata institusi kehakiman bebas, macam mana pula badan kehakiman negara ini boleh menerima tekanan daripada PR . Jangan merepeklah Midah.

Hang tahu tak, yang menerima tekanan perasaan ini Nizar dan pimpinan PR dan penyokong penyokong PR kerana sudah dua bulan keputusan belum diketahui. Baru sekaranglah reda sedikit tekanan apabila diberitakan keputusan akan diketahui pada 9 Februari .

Namun debarannya kianterasa dan kian kencang. Apa pimpinan Umno tak risau ke? Atau degup jantung semakin kuat resah gelisah menunggu hari penentuan.

Berkata lagi YB Hamidsah, PR tidak sewajarnya mengerluarkan kenyataan begitu. Spekulasi berkenaan juga bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat hingga boleh mengakibatkan wujudnya ketidakstabilan politik di negeri ini.

Mana lebih mencelarukan rakyat, spekulasai itu ke atau tindak tandak Umno/BN selama ini?. Negeri Perak telah mencatatkan sejarahnya tersendirinya apabila mandat rakyat telah dikepikan dan `diterajang ke longkong', berlakunya rampasan kuasa. Umno/BN Perak bukan mengambnil alih pemerintahan dari PR, yang sebenarnya BN rampas kuasa dari PR. Tidakkah rakyat jadi celaru haru biru memikirkannya?.

Apabila tragedi rampasan berlalu, wujudlah dua Menteri Besar, lepas itu dua Speaker Dewan Undangan Negeri, wujud dua ketua kampung. Siapaklah yang sebenarnya mencelarukan keadaan di negeri ini?.

Rakyat jadi celaru bila wujud dua ketua kampung di awal rampasan kuasa yang dilakukan BN dahulu, wujud dua Speaker. Yang lebih mencelarukan fikiran rakyat macam mana bajet Kerajaan BN Perak boleh lulus apabila Menteri Besar BN membentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu dalam masa tidak sampai setengah jam dan diluluskan tanpa dibahas.

Macam mana kestabilan politik hendak wujud jika Umno/BN ambil kuasa cara tidak betul, rampas kuasa, ambil kuasa pemerintah secara tidak bermoral. Ini menyebabkan ketidakstabilan politik.

Itu sebabnya cara terbaik bagi mengatasi semua masalah dan kecelaruan ini, serah balik kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang mereka mahu. Oleh kerana itu DUN perlu dibubarkan. Memang tepatlah pendirian Ir Nizar itu, jika keputusan Mahkamah Persekutuan mem!ihak kepadanya, Nizar bukan mahu rebut jawatan Menteri Besar tetapi mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat. Biar rakyat tentukan. Ini baru betul.


Lain kali jangan merepek lagi Puan Midah oii

http://joharapat.blogspot.com

19/01/10

BN PERAK - BUBAR SALAH TAK BUBAR DUN PUN SALAH


Desas- desus pembubaran DUN Perak kembali menghangatkan persada politik di Perak. Walaupun penafian demi penafian telah dikeluarkan oleh pimpinan UMNO sebelum ini, namun langkah penyamun dan perompak kerajaan Perak kini semakin tiba ke langkah terakhir. Terkini kenyataan Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak yang mendedahkan pertemuan antara Zambery dan Najib di Arab Saudi dalam keadaan Zambery sanggup ponteng dalam majlis yang dipengerusikan oleh Raja Nazrin


Walaupun pelbagai alasan yang diberikan untuk menghalalkan rampasan kuasa di Perak, namun alasan- alasan tersebut semakin hari semakin memakan diri.
Pakatan Rakyat di Perak terus konsisten mendesak agar pembubaran DUN Perak dibuat bagi menamatkan segala krisis politik yang berlaku di Perak. Siapa yang bakal menjadi pilihan rakyat Perak sama ada Pakatan Rakyat atau BN bukanlah persoalan utama, tetapi soal pemilihan pemerintah mestilah dikembalikan kepada rakyat.
Desas desus pembubaran DUN Perak ada asasnya, terutamanya krisis perlembagaan yang melibatkan status Menteri Besar Perak yang sah masih gagal diumumkan oleh mahkamah persekutuan, walaupun perbicaraannya telah lama selesai. Kita sedia maklum sekiranya Zambery yang menang sudah pastilah keputusan akan diumumkan sebaik sahaja perbicaraan selesai.


Saya kira rakyat boleh membuat penilaian mengapakah keputusan tersebut ditangguhkan, malah menurut sumber yang diperolehi oleh Dato' Seri Nizar bahawa keputusan tersebut ditangguhkan kerana keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Demikian menurut beliau ketika menyampaikan tazkirah di Kuala Kangsar semalam.
Walau apa pun BN kini berada dalam keadaan BUBAR SALAH, TAK BUBAR DUN PUN SALAH.


Sekiranya BN memilih untuk membubarkan DUN Perak, ternyata rompakan kuasa oleh BN di Perak adalah benar dan tidak mengikut perlembagaan.
Sekiranya BN memilih untuk terus memerintah, seluruh dunia akan menyaksikan kegagalan sistem kehakiman negara dalam menyelesaikan krisis politik di Perak kerana kegagalan membuat keputusan. Ini juga bermakna Sultan atau pun Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam melucutkan jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri pada masa akan datang mengikut budi bicara baginda.

Walau apa pun, kita tunggu dan lihat apa seterusnya permainan mereka...


"DAN SESUNGGUHNYA MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. DAN ALLAHLAH SEBAIK- BAIK PERANCANG"


http://mtdchenderoh.blogspot.com

11/09/09

Mahkamah akhirnya iktiraf artikel 72 Perlembagaan Persekutuan



HAKIM SAHKAN ARTIKEL 72: ZAMBRY KENA GANTUNG, NIZAR MENTERI BESAR SAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak tidak terkejut dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed yang memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Malah DDewan pemuda pas Perakk amat bersetuju bahawa Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak telah mengikuti semua paraturan di dalam membuat keputusannya terhadap penggantungan dan denda terhadap Zambry dan 6 ‘Exco’nya adalah sah mengikut Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perkara ini jelas bertentangan apabila Zambry dan 6 ‘Exco’nya melanggari keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

dewan pemuda juga amat berkeyakinan bahawa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan itu juga mengesahkan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. DPPN Pk meragui keputusan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan semasa menolak pengesahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah tanpa dokumen bertulis amat tidak mempertegaskan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan ini.

Oleh yang demikian, dewan pemuda pas perak amat berkeyakinan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut bahawa keputusan kelak akan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.

MOHD NUR AMIN
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak



9/09/09

Alasan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh makin celarukan krisis Perak


IPOH, 8 Sept 2009. Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman Speaker DUN Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya R Ganesan yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.
Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.
Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 Mei tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

Pertentangan ini yang menimbulkan kecelaruan.

Mahkamah Persekutuan 16 April lalu telah bertindak sebaliknya apabila membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker yang sah ketika itu, V. Sivakumar terhadap Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir. Doctrin separation of power (doktin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan".

Manakala keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan sehari selepas itu Mahkamah Rayuan telah mensucikan. Ini mewujudkan persepsi bahawa Menteri Besar yang ada pada hari ini Dr Zambry adalah haram yang dipilih Mahkamah.

Biarpun ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan tidakkah keputusan mahkamah sebelum ini boleh menyebabkan persidangan DUN Perak telah menghadapi kecelaruan oleh mereka di mahkamah.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri"

Pakatan Rakyat memilih untuk menerima cadangan bubarkan DUN walaupun dari sudut majoriti dan perundangan, mereka masih boleh memegang tampuk pemerintahan Perak sekiranya tiada campurtangan tangan ghaib daripada mahkamah.

http://bumiperak.blogspot.com




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud