ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

18/04/14

Adun Paloh cedera, isteri maut dalam kemalangan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Paloh, Datuk Nozula Mat Diah (gambar) mengalami cedera ringan manakala isterinya Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di Ipoh hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata anak lelaki pasangan itu berumur 20-an turut berada di dalam kenderaan yang dipandu Nozula.

Beliau berkata mereka yang selamat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat Maziah dibawa ke rumah mayat hospital yang sama untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kesemua mangsa sedang dirawat dan masih mengalami trauma.

"Berdasarkan maklumat yang diterima kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang dipandu sendiri oleh Nozula dipercayai terbabas dan merempuh tebing bukit dalam kejadian pada pukul 6.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Pihaknya akan memastikan mangsa stabil sebelum mengambil maklumat lanjut kejadian, katanya. – Bernama,

1/08/13

pemain hoki kebangsaan,Chua Boon Huat mati dalm kemalangan

 
Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33 maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong dekat Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

Kali terakhir beliau mewakili negara ialah pada kejohanan liga dunia di Johor Baru pada bulan lepas.
Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang.

30/05/10

Memang malang dua kali rumah dirempuh bas


MARANG - "Mula-mula saya dengar bunyi bising, selepas itu dengar pula bunyi kaca pecah."

Demikian kata-kata Yusri Abas, 43, yang terkejut selepas melihat rumah milik ayahnya, Abas Sulong, 67, dilanggar sebuah bas persiaran yang hilang kawalan di Kampung Kijing, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat sini semalam.

Lebih mengejutkan, kata Yusri, kejadian seumpama itu merupakan yang kedua selepas kejadian pertama pada 18 Jun tahun lalu.

Dalam kejadian pertama itu, tiang garaj kereta rumah Yusri patah akibat dilanggar bas.

Dalam kejadian pada pukul 8 pagi semalam, dua buah kereta dan empat buah motosikal milik keluarga Yusri rosak teruk.

"Ketika kejadian hanya adik-beradik saya yang berada di rumah manakala saya berada di bengkel motosikal di sebelah rumah dan kedua ibu bapa saya pula pergi ke pasar.

"Sejurus terdengar bunyi bising dan kaca pecah, saya segera menjengah keluar dan terkejut melihat sebuah bas persiaran sudah melanggar rumah kami," kata Yusri ketika ditemui dekat sini semalam.

Akibat kejadian itu, bahagian hadapan rumahnya rosak dan kayu garaj yang tercabut turut mengenai dinding kaca sebuah kafe siber di sebelah rumah.

Katanya, dia melihat pemandu bas yang cedera pada bahagian tangan terpinga-pinga dan menyatakan penyerap hentakan pada salah satu tayar bas itu tiba-tiba patah menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud