Di haram di Malaysia, tetapi St Petersburg Times siar satu muka penuh kartun saya
Disyaki pukul isteri, pemandu lori direman 4 hari
2 jam yang lalu
Zunar, kartunis politik yang pernah ditahan polis telah dipilih untuk menerima anugerah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning, oleh satu badan yang mewakili kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI). Beliau bakal menghadiri majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika pada 7 Julai 2011.
Zunar menjadi kartunis terkenal semasa zaman Reformasi, dengan karyanya yang menyindir pemerintahan kerajaan Mahathir Mohamad ketika itu. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang lidah Parti Keadilan Rakyat, iaitu Suara Keadilan, sebelum menubuhkan cartoon cafe pada tahun 2009, antara usahanya adalah penerbitan majalah jenaka alternatif, berjudul Gedung Kartun.![]() |
![]() |
![]() |