ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label demo UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label demo UMNO. Papar semua catatan

12/03/13

Cabai kasi taruh !! lihat wajah wajah penyerang pejabat PKR..




Inilah wajah wajah [gambar] konun pembela bangsa dan agama tetapi perangai macam lembu..

Hanya bertopengkan Agama,  tetapi  bertindak mengikut hawa nafsu setan. Undang undang seperti mak bapak mereka yang gubal...

Kepada pihak yang berkenaan ...apa lagi tolong siasat !!

Kami tak mahu gejala ini  membarah dan menjadi lebih teruk ..

Kami cintakan keamanan..

Dan kami tolak budaya negatif seperti ini.

Kita bermusuh dipentas politik,perlawanan atau pertarungan kita semua dipentas pilihanraya bukannya seperti perangai samseng 6 jahanam..~~






Mengaku kunun pembela Islam...Tetapi mereka sebenarnya menghina Islam..

pejabat keadilan yang di serang Percayakah anda, Walaupun Lembu tidak mempunyai tangan, tetapi mereka masih mampu membaling telur..ini buktinya
 







Kasi Hot !! Cakap Tak Serupa Bikin... Puiii...

Mula mula mereka berkata 'isu di Sabah tidak wajar dipolitikkan'....tetapi itu semua indah khabar dari rupa , cakap tak serupa bikin.

Hanya kerana sebaris lagu "Tanya sama najib" dan sekeping gambar Anwar bersama ketua barisan pembebasan kebanggsan [MNLF] mereka menuduh Anwar sebagai dalang dalam isu ini.

Sendiri tuduh Anwar jadi dalang sendiri buat bantah dan kecoh di perjabat orang.

Yang paling teruk kena tempias dalam isu ini ialah ahli parlimen Batu YB Tian Chua.Bayangkan hampir 230 laporan polis telah dibuat disana sini oleh puak sehaluan dengan Umno terhadap Tian Chua. .

Mereka menuduh Tian Chua telah menghina pasukan keselamatan semasa isu serangan penganas di Lahad Datu.

Tian Chua berkata beliau tidak berniat nak hina anggota polis yang terkorban di Sabah , tetapi media ,cybertrooper umno telah spin isu ini untuk timbulkan kemarahan rakyat terutama orang melayu.

Hari ini isu ini menjadi bertambah kronik bilamana satu gerombolan membuat kecoh di hadapan pejabat parti Keadilan Rakyat. Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN telah bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu.

Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu serta isu Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak"..

Amat malang bila melihat insiden seperti ini berlaku.cakap tak serupa bikin, perbuatan mereka yang mengheret isu ini kekancah politik amat dikesali.

Sudahlah isu Lahad Datu dipolitikan, tetapi yang lebih meloyakan bila mana mereka yang membuat kecoh dengan menyerang pejabat orang serta dengan bongkak dan ego mereka ini telah mengenepikan undang undang dengan bertindak liar sesuka hati.

Sudahlah menceroboh serta mengangu ketenteraman awam malah meraka telah merosak harta orang dengan bertindak mengikut hawa nafsu sendiri.

Inilah ragam politik Malaysia tanahairku.Selagi ada gerombolan spesis rimba selagi itu tak akan aman .

Percayalah cakap aku..~~

Sumber isu sini





Lihatlah perangai MACAI² UMNO yang membaling telur ke Ibu Pejabat PKR petang tadi... Otak macai di kepala lutut !



ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11

6/10/12

Bergambar ~ Umno Tipu/jual tanah orang Melayu

Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh kerana marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO,

“Umno sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”

Menurut sumber berita kemarahan berpunca dari sikap dua orang pemimpin UMNO di Pulau Pinang dikatakan telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.Dikatakan syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. sumber berita di sini



“Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu"

Bawah lihat gambar menarik bantahan ahli umno terhadap pemimpin mereka










24/02/12

Tengok ni beza budak umngok dgn pemuda Pas !!



Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Duta berhubung 'kebiadaban' tentera yang membakar Al-Quran di Afghanistan, baru-baru ini.

NONE
Sebelum itu, kira-kira 200 umat Islam termasuk Pemuda PAS dan mahasiswa berarak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan itu bagi membantah dan mengecam tindakan tentera Amerika itu.

"(Tindakan) ini bukan kali pertama, sebelum ini melalui paderi dan orang tertentu yang mengancam untuk membakar Al-Quran kononnya untuk memperingati peristiwa 11 September.

"Mereka menganggap Al-Quran menganjurkan peperangan dan jenayah, sebenarnya tanggapan itu salah, tidak benar dan keterlaluan.

"Mereka tidak memanggil ulama Islam untuk berbincang," kata Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut.- mkini


Mai tengok pulak kes dibawah ini grombolan pemuda busuk sampai ke usus punya angkara


50 Budak-Budak Umno Serang HQ Keadilan





Ketika Pakatan Rakyat mengambil sikap berdemonstrasi di hadapan kedutaan US dalam isu bakar Al-Quran, Barisan Nasional pula hadir ke Tropicana kononnya membantah kenyataan Anwar.

Menurut laporan yang diterima, lebih kurang 50 penyokong Umno kini sedang berarak menuju ke HQ PKR. Manakala pihak polis dan FRU tidak bertindak seperti yang diharapkan.


Lebih pelik dan menghairankan, mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali.



Dimaklumkan juga, PERKASA turut berada dalam kumpulan ini. Merujuk kepada gambar di atas, dua orang macha berbaju oren itu adalah wakil PERKASA. JATI pula tidak kelihatan, mungkin kerana mereka belum cukup seJATI.

Oleh kerana tiada siapa yang berada di HQ ketika ini (Semua tumpu ke himpunan Anti-Lynas di Kuantan), maka tiada siapa yang mahu terima memorandum yang dihantar.

Akhirnya, Umno-BN-Perkasa boys left the memorandum atas meja security guard; Mungkin wakil United Myanmar Nepal Organisation akan menerima memo tersebut ketika keadaan sudah tenang. Selesai...

12/02/10

Umno Selangor dan NGO berdemo lagi

Umno Selangor hari ini menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut hadir.

Kumpulan tersebut juga menghantar memorandum enam perkara yang diserahkan kepada setiausaha menteri besar Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Shukur berkata demonstrasi itu diadakan hari ini rentetan daripada satu laporan polis yang Ahad lalu berhubung isu sama.

"Kita pertikaikan tindakan merampas tanah YBK. Itu tindakan zalim, sedangkan ramai lagi syarikat lain yang tidak jelaskan hutang kepada kerajaan negeri.

"YBK juga sudah jelaskan tunggakan tersebut, cuma terlewat dua hari sahaja. Kemudian (menteri besar) pulangkan bayaran itu kepada YBK dan ambil balik tanah tersebut," katanya lagi.

Shukor juga berkata tindakan Khalid memulangkan bayaran cukai tanah YBK merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu.

Shukor juga menyifatkan tindakan Khalid sebagai "angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK."

Katanya lagi, tindakan itu juga "dibuat dengan niat untuk merampas kembali tanah bagi pembinaan kampus baru UiTM di Serendah, Selangor."

"(Umno Selangor) menolak sekeras-kerasnya tindakan menteri besar dalam membuat keputusan politik yang mengenepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor."

Sehubungan itu, tambahnya, Khalid juga didesak supaya mengambil "perhatian serius (kepada) perasaan tidak puas hati serta tuntutan rakyat Selangor."

Selain isu tersebut, memorandum enam perkara itu juga mengariskan perkara-perkara berikut:

- mempertikai tindakan Khalid "menyelamatkan" Talam Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan negeri, melibatkan pembayaran sebanyak RM391 juta.


- mengutuk kenyataan penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.- malaysiakini



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud