ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label bung masuk mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bung masuk mahkamah. Papar semua catatan

11/08/10

Kerusi Parlimen Kinabatangan selamat



Kerusi parlimen Kinabatangan yang dipegang Datuk Bung Moktar Radin kekal miliknya apabila Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke atasnya itu dan digantikan dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.

Bagaimanapun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.

Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

19/05/10

Hukuman penjara Bung Moktar ditangguh

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya.NONEMenurut hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, penangguhan itu diluluskan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.

Hakim juga memerintahkan ahli parlimen itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000.

Bung Moktar diarahkan memfailkan notis rayuan itu dalam masa 14 hari.

Peguamnya sebelum itu mengemukakan permohonan penangguhan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjaraka.


Aah !! bukan takut Bung hilang pekerjaan , tapi takut BN hilang kerusi kah.. kah.. kah....sudah nampak ada unsur campur tangan politik ? tunggu mari kita lihat episode seterusnya !!

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud