ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label Wilfred. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wilfred. Papar semua catatan

30/07/12

Penyertaan 2 Ahli Parlimen BN Sabah jadi titik peralihan – Anwar




KOTA KINABALU : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan semalam.

29/07/12

Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Situasi ini pasti menggerunkan regim Umno berikutan dua pemimpin berpengaruh di Sabah dalam dua hari berturut-turut, meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
Semalam, Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Lajim Ukim meletak semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, diikuti Wilfred pada hari ini.
Wilfred juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah.
Sebelum ini, beliau pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Beliau juga adalah Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.
Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Wilfred menang dengan undi sebanyak 17,645 menewaskan calon KEADILAN, Ansari Abdullah dan calon Bebas, Ajin Nazin Gagah.[KD]


Anwar disambut Lajim Ukin, gerakan baru merebak ke seluruh Sabah




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur.

Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan.

Anwar baru sehari tiba dari tanah suci Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari dan tiba dari Jeddah, Arab Saudi dengan penerbangan jam 1.45 petang kelmarin.

Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan.

Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort.

Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam.


Beliau turut mengumumkan sebuah parti baru, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dijangka dirasmikan Anwar dalam satu majlis di Beaufort, jam 6 petang nanti.

Pada masa yang sama, Lajim mengumumkan seramai 17 pemimpin PPS dilantik bagi menyelia 17 kawasan parlimen di bawah gerakan baru tersebut.

Beberapa pemimpin tempatan menyifatkan kehadiran Anwar telah lama ditunggu-tunggu kerana proses perubahan politik di negeri ini memerlukan satu suntikan baru dengan keluarnya Lajim dan juga ahli parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing.


Dalam majlis yang akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Kebatu, Beaufort, Anwar dan Lajim serta pemimpin Pakatan Rakyat dijadual akan berbuka puasa di masjid tersebut dengan Anwar dijangka akan memberi ucapan berkenaan keputusan Lajim mengisytiharkan keluar Umno-APCO dan perlunya rakyat Sabah membuat perubahan keluar dari paras kemiskinan.

Sabah merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sarawak berdasarkan pendapatan per kapita penduduk.

Selesai majlis tersebut, menurut aturcara program yang diedarkan sejak tiga hari lalu, Anwar dan saf pimpinan akan bertolak ke kediaman Lajim di Likas Jaya untuk meneruskan perincian hala tuju politik Lajim serta proses pengambil alihan kerajaan persekutuan dari tangan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan September ini.

Sementara itu di PEKAN, PAHANG, Perdana Menteri Najib dalam komen selepas mengetahui keputusan Lajim tersebut berkata, kedudukannya selaku timbalan menteri akan diumumkan pada Isnin ini setelah selesai perbincangan dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang semalam berada di Sabah tetapi telah pulang ke Kuala Lumpur malam tadi juga setelah gagal dalam misinya menghalang Lajim keluar Umno-APCO.

PPS dijangka akan bersama menyokong Pakatan Rakyat dalam memastikan BN negeri yang diterajui Ketua Menteri, Musa Aman tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud