ARTIKEL SEBELUM

Memaparkan catatan dengan label Husam ditangkap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Husam ditangkap. Papar semua catatan

24/06/13

Husam bebas dengan jaminan polis




KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.

Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

“Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan,” ujarnya.

Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.


 







 


23/06/13

Gambar Para penyokong Dato' Haji Husam dihadapan IPD Pengkalan Chepa

Para penyokong Dato' Haji Husam Musa  berkumpul dihadapan IPD Pengkalan Chepa semalam kerana menyatakan sokongan & solidariti pada beliau...

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah ditangkap oleh Polis Cawangan Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk siasatan semalam, beliau kini ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan kenyataan sesat yang berbaur hasutan.

Beliau kini sedang ditahan di lokap polis Kota Bharu dan dipercayai akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk tahanan reman dibawah Sek 117 Kanun Acara Jenayah hari ini.

Waran tangkap ke atas beliau telah dikeluarkan oleh IPD Cawangan Kota Bharu pada 20hb. Jun, 2013. Beliau akan dibawa ke kelantan untuk disiasat bawah Akta Hasutan.






Husam sedang berbincang dengan peguam  Sivarasa dan Gobind Singh


 



 


gambar Husam jadi imam kepada polis semasa di reman

 

Jam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.

Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.

Mohon para penyokong Dato' Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapa IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau...

22/06/13

Gambar terkini Husam Musa ditahan polis


 

Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

"Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Kenyataan itu menerima tentangan keras, antaranya dari seorang bekas pemimpin PAS Prof Madya Mohd Nor Deris yang mahu Husam disiasat kerana kenyataan yang didakwanya sebagai “fatwa sesat” itu.
Menurut Mohd Nor, pandangan itu bercanggah dengan pegangan ahli sunnah wal jamaah dan tidak boleh dibiarkan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud