ARTIKEL SEBELUM

25/02/20

BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAEK

MOHON YDPA BUBAR PARLIMEN

KUALA LUMPUR : Terkini, PAS, Umno, MIC, MCA dan GPS sepakat memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan berikutan situasi meruncing yang berlaku kini.

Ketegasan itu dibuat wakil-wakil parti yang bersama dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Presiden MCA, Dato' Seri Dr Wee Ka Siong dan beberapa pemimpin lain.

Kenyataan ini dibuat selepas kesemua Ahli Parlimen PAS, Umno, MIC, MCA dan beberapa yang lain dipanggil  mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Ia juga rentetan beberapa opsyen pembentukan kerajaan baharu yang tidak selari dengan pendirian dan dasar PAS, Umno dan rakan, yang mana  pendirian konsisten menolak DAP dalam pembentukan kerajaan, menolak kaedah pantikan kabinet oleh Perdana Menteri mengikut individu dan bukannya parti.



- HARAKAHDAILY 


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud