ARTIKEL SEBELUM

29/05/18

Arahan istana rupanya larangan Husam dan Wan Rahim

KOTA BHARU - Larangan terhadap Husam Musan dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran Kerajaan Kelantan adalah titah istana.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui alasan larangan itu dikenakan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan.

“Sebab (mereka) dihalang, saya tidak tahu. Pihak istana tidak nyatakan sebab dan saya hanya bertindak ikut arahan.

“Setakat ini sememangnya dua individu ini dimasukkan ke dalam senarai tambah tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi tadi.

“Setakat ini sudah ramai yang dikenakan larangan sama, namun saya perlu semak jumlahnya,” katanya.

Husan juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan dan Wan Abdul Rahim pula Pengerusi Amanah Kelantan dihalang daripada memasuki semua jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.Mereka juga dihalang daripada menjejakkan kaki ke semua istana di negeri itu.

Sementara itu, Wan Rahim ketika dihubungi memberitahu beliau belum mendapat sebarang surat berkaitan dan enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.-Sinar

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud