12/04/18

Punca agihan kerusi PH Selangor berpanjangan




Khalid Samad dedahkan punca kemelut berpanjangan pembahagian kerusi HARAPAN di Selangor.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.“Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

“Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Sumber Malaysiakini..