ARTIKEL SEBELUM

3/05/16

Saman Starbucks RM19.6 juta

ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita mengheret Starbuck ke mahkamah mendakwa syarikat itu meletakkan terlalu banyak ais dalam minumannya.

Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu mendakwa pelanggan hanya mendapatkan separuh minuman daripada apa yang dibayar mereka.

Stancy mengetuai tindakan bagi $5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat itu, menurut Courthouse News Service.

Dokumen mahkamah yang difailkan oleh pihak menuntut mengatakan, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan hanya lebih separuh harga yang dibayar.

Tambah dokumen itu lagi, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan ia merupakan proses ke arah penipuan.

Starbucks berkata, ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

"Pelanggan kami memahami dan menjangkakan ais merupakan komponen penting dalam mana-mana minuman berais," kata syarikat itu memberitahu TMZ.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud