ARTIKEL SEBELUM

27/04/16

2 pelajar di NS dipatuk ular

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan dua lagi pelajar dipatuk ular di perkarangan sekolah pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Pengarahnya Rusni Ab Jalil berkata mereka terdiri daripada seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut, Seremban dan seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Dato' Lela Maharaja, Rembau berusia 18 tahun.

"Pada Sabtu lepas, pelajar SDAR dipatuk ular semasa pulang dari surau ke asrama selepas solat Isyak. Warden telah membawanya ke hospital dan telah dirawat. Sehari kemudian, pelajar KV dipatuk selepas cuba menangkap ular di sebuah ladang berhampiran sekolah.



"Kedua-dua pelajar itu dilaporkan stabil selepas dirawat di hospital dan masing-masing sudah pulang ke rumah," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Cemerlang Akademik 2016 di Seremban semalam.

Sehubungan itu, Rusni mengesyorkan agar pihak sekolah menabur belerang di kawasan yang dikenal pasti berpotensi menjadi lokasi yang sasaran ular.

Dengan dua kes berkenaan, sehingga kini tiga kes pelajar dipatuk ular dilaporkan di negeri ini.

Kes pertama membabitkan seorang murid perempuan Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau, yang cedera dipatuk ular ketika kelas pendidikan jasmani di padang sekolahnya Rabu lepas.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud