ARTIKEL SEBELUM

25/03/16

Duit berterabur, orang ramai hanya tengok..

Duit berterabur, orang ramai hanya tengok

SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang wanita melemparkan wang tunai berjumlah 22 juta won (AS$19,030) di sebuah jalan di Dataran Seoul pada Isnin lalu.

Namun tindakannya itu, tidak sedikit pun menarik minat orang ramai yang lalu lalang disitu untuk cuba mengambil wang tersebut.

Memetik laporan The Korea Herald, menurut kenyataan polis tempatan, wanita berusia 56 tahun itu melemparkan wangnya sedikt demi sedikit di dataran itu sekitar jam 5.00 petang.

"Orang ramai hanya menjadi pemerhati, mereka tidak cuba mengambil wang tersebut," jata jurucakap polis tersebut.

Sementara itu, hasil penyelidikan polis, wanita yang tidak diketahui namanya itu, terdahulu telah mengeluarkan wang sebanyak 42 juta Won daripada sebuah bank di Seoul.

Polis juga menyatakan bahawa tindakan wanita itu melemparkan wangnya pada hari tersebut, kerana ingin bersedekah kepada orang ramai.

"Saya bimbang dengan wang ini akan menyebabkan bekas suami saya dan anak lelaki saya akan merebut wang itu nanti,"kata wanita itu kepada polis tempatan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud