ARTIKEL SEBELUM

3/02/16

Mesyuarat Exco Kedah ditangguhkan

Krisis kedah

ALOR SETAR - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang sepatut diadakan esok , telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp malam ini.

Rabu lepas, mesyuarat Exco kerajaan negeri hanya dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan tiga Exco iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ketidakhadiran enam lagi Exco dipercayai ada kaitan dengan krisis politik di negeri ini yang membabitkan kedudukan Mukhriz.

Difahamkan, mesyuarat Exco memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya empat orang Exco bagi mengesahkan perkara yang dibincangkan.

Baru-baru ini, para pemimpin Umno Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan Pengerusi Umno Kedah. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud