ARTIKEL SEBELUM

4/12/15

Husam 'letak senjata' sementara

Demi memberi peluang kepada PAS yang dilihat mahu mengkaji semua teguran yang pernah dikemukakan, Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk 'meletak senjata' untuk seketika.

Ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah Yayasan Darul Hijrah di Kampung Major, Kuala Krai, Husam berkata, kritikannya terhadap PAS dan Kelantan akan ditangguhkan untuk sementara waktu.

Kata bekas exco kanan Kelantan itu, keputusan berkenaan diambil selepas dia bertemu dengan Jawatankuasa Harian PAS.

"Oleh kerana PAS ambil berat untuk kaji semua, jadi saya gantung senjata untuk beri peluang dan berlaku adil, untuk mereka mengkaji dan seterusnya memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya.

Langkah berkenaan, kata bekas Naib Presiden PAS itu, selaras dengan prinsipnya untuk menegur penyelewengan semua pihak.

Katanya, dia menyertai PAS bersama kawan-kawan yang lain adalah untuk berjuang di menegur penyelewengan Umno dan BN.

Justeru, katanya, langkah menegur PAS juga adalah tanda dia konsisten dengan prinsip berkenaan.

"Apa yang kita tegur adalah kesalahan. Sama ada kesalahan itu dibuat oleh kumpulan kita atau kumpulan lain, tetap kita membuat teguran," katanya.

Lepas tegur, tak jadi

Isnin lalu, Husam mengadap Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat dan mengemukakan surat yang mengandungi teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan dan parti.

"Sesuatu perkara yang tidak baik mestilah ditegur, itu prinsip PAS sendiri," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perseteruan yang mungkin wujud antara beliau dan pemimpin atasan parti itu, Husam menjelas pendapat itu adalah oleh mereka yang berfikiran rendah.

"Setakat yang saya tengok, sambutan dan kesan (teguran dibuat) adalah mereka mengalu-alukan kerana tugas pemimpin adalah menegur. Jadi saya tidak terima (dengar) pula orang kata saya tegur sebab bergaduh.

"Kalau (sebelum ini) saya tegur Umno dalam parlimen, selepas itu kami boleh duduk minum sekali.

"Tengok rekod saya, saya buat teguran kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad) ketika beliau mahu jadikan Lapangan Terbang Subang sebagai pusat konvensyen.

"Alhamdulillah kerana saya tegur, perkara itu tak jadi dan sekarang ia berfungsi sebagai lapangan terbang untuk penerbangan domestik," jelasnya.

Tambah Husam, apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat iaitu menegur perjalanan kerajaan negeri yang dikira bercanggah dengan prinsip berkerajaan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud