ARTIKEL SEBELUM

7/11/15

'Polis tanya, saya tak jawab'

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Memetik laporan The Star, Dr Mahathir yang bercakap kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary berkata, beliau tidak menjawab soalan yang dikemukakan pegawai tersebut.

"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau juga menyerahkan kepada polis sama ada mahu menahannya ataupun tidak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bahawa Dr Mahathir sedang disiasat susulan gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

Pasukan peguam Dr Mahathir yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tiga pegawai polis dari Bukit Aman mengambil masa kira-kira 45 minit untuk merakam keterangan Dr Mahathir.

Menurut Haniff, Dr Mahathir dinasihatkan untuk tidak menjawab beberapa soalan.

Namun Haniff enggan mendedahkan sebarang soalan yang dikemukakan secara spesifik.

"Kadang-kadang kami peguam pun pelik, kenapa polis ambil keterangan. Jika ada bukti, tangkap sajalah dan dakwa di mahkamah," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada sesi soal siasat lain, Haniff berkata, pihaknya tidak pasti namun beliau berpendapat sesi tadi sudah memadai bagi polis.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud