ARTIKEL SEBELUM

19/10/15

PKR ‘berpecah’ dalam isu usul undi tidak percaya Najib ?

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian mungkin berjaya membuatkan Parlimen menerima usul undi tidak percayanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi partinya berpecah dalam menyokong langkah itu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Sumber parti berkata, satu kumpulan dalam parti itu percaya Najib perlu disingkirkan serta-merta, manakala satu kumpulan lain mahu beliau menghabiskan tempoh perkhidmatannya.

Perpecahan di kalangan PKR ini terjadi walaupun ahli Parlimen pembangkang secara terbuka menyeru pemecatan Najib melalui Parlimen sepanjang 3 bulan lalu.



“Kumpulan pertama percaya, lebih lama Najib menjadi perdana menteri, lebih hancur Malaysia,” kata sumber PKR dengan syarat tidak dinamakan.
“Kumpulan kedua pula percaya, lebih baik Najib kekal sehingga PRU14 kerana ia akan memudahkan pembangkang menawan Putrajaya,” tambah sumber itu.

Menurut sumber, perpecahan ini juga mengenai sama ada PKR harus bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengkritik paling lantang Najib, atau tidak.

“Dr Mahathir adalah paling lantang menggesa ahli Parlimen agar menjatuhkan Najib melalui undi tak percaya, ada pemimpin PKR yang berpendapat usaha ini tidak seharusnya disokong,” kata sumber itu.

“Sementara satu kumpulan lagi berpendapat, kerjasama dengan Dr Mahathir adalah terbaik pada waktu ini agar Najib dapat disingkirkan segera.”

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata pada Jumaat lalu adalah sukar untuk undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Najib dan pembangkang tidak dapat menentukan usul berkenaan akan berjaya atau tidak.

"Kita kena realistik. Ia (undi tidak percaya) bukan mudah, kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya, dan menambah ”Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker."- TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud