ARTIKEL SEBELUM

3/10/15

Mat Sabu: Terima kasih ROS lulus nama Amanah

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana sudah meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja Malaysia kepada Amanah.

Menurut Mat Sabu, kelulusan yang agak lewat itu adalah kerana ROS pada awalnya menolak nama yang dicadangkan sebelum ini yang mempunyai perkataan Islam (Parti Progresif Islam atau Parti Islam Malaysia).

"Saya dapat berita baik daripada ROS sudah meluluskan permohonan pertukaran nama, hari ini

"Kami amat berterima kasih atas kerjasama pihak ROS dengan harapan semoga permohonan lain dalam pindaan perlembagaan lain, juga diluluskan seperti jawatan pengerusi kepada presiden," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud