ARTIKEL SEBELUM

9/10/15

Lelaki maki penguatkuasa MBPP ditahan

Georgetown: Dua lelaki yang memaki dan melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua lelaki terbabit berusia 19 dan 25 tahun.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan di restoran makanan segera di Farlim, Ayer Itam, di sini, 4 petang tadi.

"Kita akan lengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud