ARTIKEL SEBELUM

14/09/15

Pertemuan PKR-Pas tak bincang gabungan PR 2.0

PETALING JAYA - Ketika tumpuan masih terarah kepada kemungkinan Pas akan turut serta dalam PR 2.0, pemimpin parti itu hari ini berkata pihaknya akan kekal sebagai parti pembangkang kepada BN sekali gus menjadikan ia kekal teka-teki.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjuangan Pas masih sama seperti parti pembangkang lain seperti PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia untuk menumbangkan Umno.

"Tugas kita adalah untuk menumbangkang kerajaan BN dan itu adalah matlamat kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin PKR, petang tadi.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasil pertemuan dan mesyuarat dengan PKR.

Menurut Takiyuddin, konsensus yang dicapai sewaktu pertemuan tersebut adalah Pas, PKR, DAP dan Parti Pekerja Malaysia berada di blok pembangkang.

"Tidak ada gabungan formal, namun kita semua dalam satu blok pembangkang

"Kita semua masih pembangkang dan tidak ada pemimpin yang menyeberang ke BN," katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, penyertaan Pas dalam PR 2.0 masih dalam proses perbincangan.

"Belum ada sebarang konsensus. Buat masa sekarang kita berbincang perkara-perkara yang lebih penting dahulu.

"Isu penting negara seperti isu jerebu, bajet dan ekonomi. Itu yang kita utamakan," katanya.

Katanya lagi, Pas masih menjalankan kerjasama baik dengan PKR.

"Hubungan kita dengan PKR masih diteruskan tetapi dengan parti-parti lain belum diputuskan," katanya.

Sementara itu ketika diajukan soalan mengenai tindakan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang melompat parti dari Pas ke PKR, beliau berkata, perkara itu telah berlalu dan melupakan perkara berkenaan.

"Dalam pertemuan, kita tidak ada bincang mengenai perkara tersebut.

"Pertemuan petang ini sangat baik dan postif," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud