ARTIKEL SEBELUM

10/09/15

Keluar mesyuarat, Muhyiddin mengaku 'Umno totok'

Ketika penungguan penuh mendebarkan penyokongnya di depan bangunan Umno, timbalan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya melangkah keluar dengan dengan tenang.

“Saya Umno totok,” begitu jawanya ketika ditanya berkaitan pendirian parti selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

Ditanya berkaitan hasil mesyuarat, beliau berkata ia berjalan dengan baik.

Beliau juga disambut oleh sekumpulan penyokong yang berkumpul sejak awal petang tadi bagi menyatakan sokongan padanya.

Umno hari ini mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kali pertama selepas Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

Perhimpunan hari ini dipercayai dicetuskan oleh kebimbangan terhadap khabar angin timbalan presiden itu antara yang akan dipecat hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud