ARTIKEL SEBELUM

7/08/15

SPR berjaya cabar keputusan Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak.

Hal ini susulan Mahkamah Rayuan sebentar tadi membenarkan rayuan SPR yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak yang membatalkan notis cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Abdul Rahman Sebli sebulat suara membuat keputusan itu dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.

Pada 15 Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuching mengisytiharkan bahawa notis SPR mengenai cadangannya untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya, tidak mengandungi butiran terperinci dan oleh itu memerintahkan SPR menyiarkan semula notisnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud