ARTIKEL SEBELUM

25/08/15

MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi

Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.

"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth.

Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan.

Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku.

-Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud