Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekali lagi ‘memakan korban’ apabila dua majalah kartun terpaksa ditutup apabila kos operasinya semakin meningkat.
Selepas kira-kira 22 tahun majalah bercetak Apo? dan Ujang ditamatkan penerbitannya kelmarin.
Selain GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga kertas turut memburukkan lagi keadaan.
Rata-rata peminat kartun sedih dengan berakhirnya riwayat majalah berkenaan. mk