ARTIKEL SEBELUM

1/08/15

1MDB : Kenapa tarik Nur Jazlan ke Kabinet?


Nur Jazlan Mohamed


KUALA LUMPUR - Pelantikan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed ke dalam Kabinet didakwa merencatkan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau kesal dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan jawatan dalam Kabinet kepada Nur Jazlan.

"Saya rasa kalau lihat dari keseluruhan, saya kesal sebab siasatan 1MDB tergendala.

"Sebenarnya lebih baik sekiranya pelantikan itu tidak dibuat," katanya kepada Sinar Online.

Namun, katanya sebagai orang politik, perlu difahami jika Nur Jazlan menerima tawaran jawatan itu demi menjaga kelangsungan karier politiknya.

"Tapi dalam isu ini, kita melihat juga di mana mereka semua ini adalah ahli politik yang pastinya memikirkan kerjaya politik mereka.

"Jadi, kita tak boleh salahkan mereka dalam menerima jawatan ini. Sebaiknya, tidak perlu," katanya.

Selasa lalu, Najib mengumumkan rombakan Kabinet dengan menggugurkan empat menteri termasuk Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud