ARTIKEL SEBELUM

9/07/15

Wanita nyaris maut ditembak

  Wanita nyaris maut ditembak


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai pentadbiran sebuah gereja nyaris maut apabila dia cedera ditembak dalam kejadian di persimpangan susur keluar Sierramas, Sungai Buloh, semalam.

Difahamkan, mangsa, Lim Tiah Lay, 51, yang menaiki Honda CRV dalam perjalanan ke tempat kerja di Damansara, tiba-tiba didatangi dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang berhenti di lampu isyarat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya yang menerima panggilan jam 8.09 pagi mendapati salah seorang suspek iaitu pembonceng telah turun dari motosikal dan berjalan ke arah kereta mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Menurutnya, suspek (pembonceng) berkenaan yang menggunakan pistol dipercayai jenis revolver kemudian melepaskan beberapa das tembakan dari arah kanan kereta.

“Akibatnya, tembakan tersebut mengenai mangsa sebelum kedua-dua suspek yang memakai topi keledar melarikan diri.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mangsa yang mengalami kecederaan parah di mulut dan lengan kiri. Turut ditemui beberapa kesan tompokan darah di dalam kereta mangsa,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui dua anak peluru jenis .38 di atas jalan dan dalam ruangan pintu sebelah penumpang hadapan.
Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud