ARTIKEL SEBELUM

28/07/15

Rombakan kabinet timbulkan tanda tanya

Umno-Najib-Muhyidin-1
Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Perdana Menteri hari ini mengesahkan rombakan kabinet yang menjadi khabar angin. Terdahulu pertukaran peguam negara juga telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Rombakan dan pertukaran peguam negara yang boleh dianggap mengukuhkan kedudukan Dato Seri Najib sebagai PM serta sekaligus mungkin menyelamatkan beliau daripada terpalit dengan skandal 1MDB dan pelbagai lagi skandal yang lain.

Umno-Najib-Muhyidin-1Ini kerana mereka yang jelas mengkritik beliau dan 1MDB seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah disingkirkan. Tinggal mungkin Tun Mahathir sahaja yang terselamat…buat masa ini.

Tambahan pula, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kra Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed kini dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Bukan sahaja beliau tetapi ahli-ahli jawatankuasa PAC, Datuk Wilfred Madius Tangau telah dilantik sebagai Menteri manakala Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Ini jelas menimbulkan persoalan tentang siasatan terhadap PM dan 1MDB.

Apakah ini tidak menjejaskan ketelusan dan integriti siasatan?

Malah soalan yang lebih besar perlu ditanya ialah apakah kedudukan PM terlalu besar sehingga tidak boleh dicabar sesiapa?

Saya percaya rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menilai tentang baik buruk kepada negara dan kesejahteraan untuk mereka.

Jika benar kesejahteraan rakyat dan masa depan negara menjadi pertimbangan PM dan kerajaan, maka buktikan dengan keberanian mengaku salah, mencegah yang mungkar, berdepan dengan masalah dan mencari jalan penyelesaian keluar.

Jika tidak, silalah ke tepi dan beri laluan kepada kepimpinan baru, kepada kerajaan peralihan demi masa depan negara.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud