ARTIKEL SEBELUM

16/07/15

PKR boikot semua program raya BN

PKR hari ini mengumumkan memulaukan semua program sambutan hari raya anjuran BN di peringkat kebangsaan dan negeri.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata tindakan itu diambil sebagai tanda bantahan terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadap pemimpin utama mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azizah dalam kenyataannya hari ini terus menegaskan bahawa Anwar, yang disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, sebenarnya seorang tahanan politik.

“Pada ketika ketidaktentuan hala tuju ekonomi dan urus tadbir kerajaan kian meruncing, walhal pemimpin demokratik yang sah yang telah dipilih rakyat melalui undi popular masih terpenjara.

“Sebagai tanda protes terhadap sabitan dan pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim, PKR akan memboikot kesemua program anjuran BN di peringkat nasional dan negeri,” kata Azizah.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud