Kekecohan berlaku di sebuah majlis Lim Kit
Siang semalam sengaja ditimbulkan untuk mengalihkan perhatian masyarakat
terhadap isu semasa termasuk dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Abdul Razak, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Laporan Wall Street Journal mendakwa terdapat pengaliran sejumlah wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang kemudian dinafikan oleh beliau.
Dalam sidang medianya di Shah Alam hari ini, Raja Kamarul Bahrin menyifatkan insiden yang dicetuskan oleh sekumpulan individu terhadap veteran DAP Lim Kit Siang di sebuah kedai kopi di Masai, Johor itu sebagai berbaur perkauman.
"Apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini semasa krisis kepimpinan negara makin meruncing hendaklah ditangani dengan bijaksana dan bukan di tambah dengan isu baru berbaur perkauman dan keagamaan untuk mengalih pandangan serta menutup masalah sebenarnya," katanya.
MP Kuala Terengganu itu turut menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan sentimen yang membenihkan politik kebencian khususnya dalam bulan Ramadan ini.
"Memang mudah untuk menarik perhatian dengan politik kebencian dan menakut-nakutkan rakyat cara murahan serta tidak bertanggungjawab yang mungkin boleh memusnahkan ketenteraman awam.
"Hendaklah kita mengamalkan politik yang matang dan penuh bijaksana apatah lagi kita perlu menghormati bulan yang mulia ini," katanya.
Satu majlis perjumpaan bersama DAP yang bermula kira-kira 2 petang semalam bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.
Kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis tersebut dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap veteran DAP itu.
Kekecohan yang tercetus hampir 30 minit itu mendorong Lim meninggalkan lokasi berkenaan dengan diiringi penganjur.
Kejadian berkenaan dipercayai bukanlah yang pertama menimpa pemimpin DAP.
Sebelum ini, Setiausaha Politik kepada Lim Dyana Sofya Mohd Daud turut diganggu ketika berkempen di tapak pasar malam dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, tahun lalu.