ARTIKEL SEBELUM

12/07/15

Lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh Plaza Low

 



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sekumpulan lelaki itu memecahkan peralatan di dalam kedai berkenaan selain turut memukul pekerja kedai itu.

"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang daripada mereka ditahan pengawal keselamatan kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

"Kerugian dianggarkan RM70,000," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud