ARTIKEL SEBELUM

20/07/15

Laman web Serawak Report disekat






Menyekat akses kepada laman web pemberi maklumat Sarawak Report (SR) hanya membuatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat lebih bersalah, kata tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata dalam menyekat akses kepada laman itu, Najib dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) "hampir mengumumkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa perdana menteri tidak begitu bersalah kerana beliau mahu rakyat mempercayai".

Ini ekoran dakwaan terhadap Najib berkaitan skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana beliau gagal untuk menepisnya, kata Lim.

Menurut pemimpin pembangkang itu lagi, ketika tidak ramai rakyat Malaysia membaca Sarawak Report, SKMM bertindak dengan menguar-uarkan rasa takut Najib terhadap laman web yang berpangkalan di UK.

"Dan seseorang tidak takut pembohongan dan kepalsuan, tetapi hanya yang benar!" kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud