ARTIKEL SEBELUM

31/07/15

Dr M: Bercakap tentang 1MDB kini jenayah


Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberi komen mengenai isu yang selama ini menjadi sasaran kritikannya - 1MDB.

Namun, di sebalik keengganan itu bekas perdana menteri tersebut tetap dengan sifat sinisnya.

Ditanya wartawan mengenai isu itu, Dr Mahathir berkata, bercakap mengenai 1MDB kini adalah "suatu jenayah".

"Saya cuma nak beri amaran kepada anda, saya tak boleh memberi komen mengenai 1MDB kerana bercakap mengenai 1MDB kini suatu jenayah," katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah melihat klip video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima dana RM2.6 bilion, Dr Mahathir menjawab: "Ya".

"Semua orang sudah melihatnya, tapi Najib tidak pernah menafikan (beliau) menerima wang berkenaan.

"Tapi saya tak sepatutnya bercakap mengenai itu. Ia kini haram. Saya tak cakap apa-apa ya," katanya. -mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud