ARTIKEL SEBELUM

8/07/15

Anwar dimasukkan ke HKL


SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan  berkata, Anwar sudah dibawa ke HKL petang semalam.

"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.

"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau," katanya.

Difahamkan, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi.

Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud