ARTIKEL SEBELUM

19/06/15

Terima kasih Sultan Nazrin

TAPAH - 'Saya berasa bertuah kerana ada peruntukan undang-undang di negara ini yang membolehkan rakyatnya memohon pengampunan," demikian luahan isteri salah seorang banduan yang dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Ketika ditemui di hadapan Penjara Tapah, Nashita Md Noor, 49, turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin Shah atas pengampunan yang diberikan oleh baginda terhadap suaminya yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas.

Sementara itu, bagi Meor Mohamed Amin Meor Abu Bakar, 69, iaitu bapa kepada salah seorang banduan, turut berterima kasih kepada Sultan Nazrin Shah kerana berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan berkenaan.

"Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik baginda. Kami rasa bersyukur dengan pembebasan ini, lebih-lebih lagi pada hari pertama bulan Ramadan yang mulia ini.

"Ini saat yang memang kami tunggu-tunggu. Kami dapat bersama sekeluarga," katanya.

Terdahulu, Sultan Nazrin Shah berkenan memberi pengampunan kepada 11 banduan yang dihukum penjara sejak 18 Mac lepas, bersempena hari pertama Ramadan hari ini.

Kesemua 11 banduan itu menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah atas kesalahan membabitkan diri dalam perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, ketika membantah pelantikan Menteri Besar yang baharu pada 2009. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud